Thursday, February 18, 2010

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Menurut kajian dan sumber yang di percayai, sebuah kelas Bahasa Tamil telah pun di mulakan secara persendirian pada tahun 1928. Kelas itu dinamakan sebagai “BARATHA MAYHA TAMIL PADASALAI, GRIK”. Kelas ini terletak di sebuah kedai makan di Jalan Takong Datoh dimana adanya sekarang “RESTORAN EKOBA”.

Encik Sinnathamby, seorang pegawai Telekom, adalah bertanggungjawab untuk membuka dan menjalankan kelas ini. Beliau menjadi guru kelas yang pertama dengan seramai dua puluh orang pelajar. Mereka membayar sedikit yuran untuk membeli alat alat dan lain-lain bahan. Kelas ini telah menarik ramai pelajar. Memandangkan kemajuan dan perkembangan kelas ini, orang-orang tempatan telah mencadangkan untuk mendirikan sebuah bangunan untuk mendidik kanak-kanak tempatan. En Kandiah (Pembantu Teknik JKR) dan En. P. Suppiah, J.P., telah mengambil inisiatif untuk mendirikan sebuah bangunan dan sebuah rumah guru. Dengan kerjasama masyarakat Kaum India mereka berjaya mendirikan sebuah bangunan baru berhampiran Kuil Sri Subramaniar, Grik, Hulu Perak.

Lebih kurang pada tahun 1947 Jabatan Pelajaran Perak telah mengambil alih perjalanan sekolah ini dan Encik Joseph telah pun di lantik sebagai Guru Besar oleh Jabatan Pelajaran Perak. Sejak itu sekolah ini menerima segala bantuan dan gaji dari Jabatan Pelajaran Perak.

Pada tahun 1989, En S.Govindanayer (Guru Besar ) telah berjaya mendirikan sebuah bangunan baru secara bergotong royong dengan bantuan RM 50,000.00 dari Jabatan Pendidikan Perak,. Dengan mengadakan bangunan ini sekolah telah dapat mengwujudkan bilik Pusat Sumber, bilik kemahiran Hidup dan bilik bimbingan & Kaunseling dan lain-lain.

Badan-badan sukarela seperti Kelab Bell Tamil, Tamilar Aikya Sanggam, MIC, Kuil Sri Subramaniar telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sekolah ini. Orang-orang kenamaan sepeti En V.Suppiah PJK, AMN, JP dan En. N.K. Manoharan PJK, PPT juga turut memainkan peranan penting dalam memajukan sekolah ini dengan menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk peningkatan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Pada masa sekarang sekolah ini telah dilengkapkan dengan berbagai bagai- kemudahan asas.













STATUS SEKOLAH TERKINI

Kemudahan Fizikal.

Pada tahun 2001 sekolah telah mendapat peruntukan untuk mengubahsuai bilik Guru Besar, pejabat menggantikan zing yang lama dengan yang baru. Sekolah juga mendapat peruntukan untuk membina tandas bagi guru lelaki & perempuan. Dengan kerjasama PIBG sekolah juga telah dapat menyediakan sebuah padang permainan yang kecil pada tahun 2002 untuk kegunaan Pendidikan Jasmani. Sekolah juga telah mendapat sumbangan 2 buah computer daripada MIC untuk kegunaan bilik Pusat Sumber.

Bilangan pelajar pada masa ini adalah seramai 35 orang dan bilangan staf akademik dan sokongan seramai 11 orang. Sekolah juga telah mempunyai dua orang pengawal keselamatan dan 2 orang pekerja rendah awam swasta.

Pencapaian Kurikulum dan Ko-kurikulum

Dari segi akademik sekolah telah dapat keputusan yang membanggakan pada tahun 2000 iaitu kelulusan 100% dalam UPSR dan salah seorang daripada calon telah meperolehi 7A. Kelulusan dalam mata pelajaran Sains telah dapat dikekalkan 100% mulai 2000 hingga 2002.

Melalui ko-kurikulum sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam acara badminton Zon Gerik. Dalam pertandingan antara sekolah0sekolah Tamil Daerah Hulu Perak telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita dan syarahan pada tahun 2000. Pada tahun 2001 sekolah telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan syarahan Bahasa Tamil peringkat Daerah Hulu Perak. Pada tahun 2002 sekolah juga memperolehi tempat pertama dalam melafaz thirukurral dan tempat ketiga dalam pertandingan bercerita.

No comments:

Post a Comment