Sunday, February 7, 2010

LATAR BELAKANG SEKOLAH :

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gerik terletak di Pekan Gerik iaitu kira-kira 250 km dari bandar raya Ipoh, Perak. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah gred B (Sekolah Kurang Murid) dengan
Bilangan muridnya seramai 40 orang. Seramai 4 orang guru beropsyen Bahasa Tamil, seorang guru beropsyen Sains dan 3 orang guru sandaran tidak terlatih bekerja di sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah aliran Bahasa Tamil dan berstatus sekolah kerajaan. Sekolah ini berdekatan dengan sebuah kampung yang bernama Kampung Ramasamy. Kebanyakan murid datang dari kampung ini dan ibubapa mereka adalah berpendidikan rendah dan tidak bermotivasi dalam pendidikan. Taraf sosio ekonomi masyarakat ini juga adalah rendah dimana kebanyakan penduduk bekerja sebagai pekerja buruh atau kerja sambilan sahaja.
Manakala bangunan pula adalah terhad dimana cuma mempunyai 3 bilik darjah sahaja dan terpaksa meletakkan penghadang untuk memisahkan antara kelas. Ini menyebabkan keadaan yang kurang selesa kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan aman dan tenteram
Visi sekolah adalah SJK(T) Gerik maju sepenuhnya menjelang tahun 2010. Manakala Misi sekolah adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan gembira untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Disamping itu, memastikan penyertaan 100% murid dalam aktiviti kokurikulum, membina insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment