Friday, July 20, 2012
Thursday, February 18, 2010
Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Menurut kajian dan sumber yang di percayai, sebuah kelas Bahasa Tamil telah pun di mulakan secara persendirian pada tahun 1928. Kelas itu dinamakan sebagai “BARATHA MAYHA TAMIL PADASALAI, GRIK”. Kelas ini terletak di sebuah kedai makan di Jalan Takong Datoh dimana adanya sekarang “RESTORAN EKOBA”.
Encik Sinnathamby, seorang pegawai Telekom, adalah bertanggungjawab untuk membuka dan menjalankan kelas ini. Beliau menjadi guru kelas yang pertama dengan seramai dua puluh orang pelajar. Mereka membayar sedikit yuran untuk membeli alat alat dan lain-lain bahan. Kelas ini telah menarik ramai pelajar. Memandangkan kemajuan dan perkembangan kelas ini, orang-orang tempatan telah mencadangkan untuk mendirikan sebuah bangunan untuk mendidik kanak-kanak tempatan. En Kandiah (Pembantu Teknik JKR) dan En. P. Suppiah, J.P., telah mengambil inisiatif untuk mendirikan sebuah bangunan dan sebuah rumah guru. Dengan kerjasama masyarakat Kaum India mereka berjaya mendirikan sebuah bangunan baru berhampiran Kuil Sri Subramaniar, Grik, Hulu Perak.
Lebih kurang pada tahun 1947 Jabatan Pelajaran Perak telah mengambil alih perjalanan sekolah ini dan Encik Joseph telah pun di lantik sebagai Guru Besar oleh Jabatan Pelajaran Perak. Sejak itu sekolah ini menerima segala bantuan dan gaji dari Jabatan Pelajaran Perak.
Pada tahun 1989, En S.Govindanayer (Guru Besar ) telah berjaya mendirikan sebuah bangunan baru secara bergotong royong dengan bantuan RM 50,000.00 dari Jabatan Pendidikan Perak,. Dengan mengadakan bangunan ini sekolah telah dapat mengwujudkan bilik Pusat Sumber, bilik kemahiran Hidup dan bilik bimbingan & Kaunseling dan lain-lain.
Badan-badan sukarela seperti Kelab Bell Tamil, Tamilar Aikya Sanggam, MIC, Kuil Sri Subramaniar telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sekolah ini. Orang-orang kenamaan sepeti En V.Suppiah PJK, AMN, JP dan En. N.K. Manoharan PJK, PPT juga turut memainkan peranan penting dalam memajukan sekolah ini dengan menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk peningkatan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Pada masa sekarang sekolah ini telah dilengkapkan dengan berbagai bagai- kemudahan asas.
STATUS SEKOLAH TERKINI
Kemudahan Fizikal.
Pada tahun 2001 sekolah telah mendapat peruntukan untuk mengubahsuai bilik Guru Besar, pejabat menggantikan zing yang lama dengan yang baru. Sekolah juga mendapat peruntukan untuk membina tandas bagi guru lelaki & perempuan. Dengan kerjasama PIBG sekolah juga telah dapat menyediakan sebuah padang permainan yang kecil pada tahun 2002 untuk kegunaan Pendidikan Jasmani. Sekolah juga telah mendapat sumbangan 2 buah computer daripada MIC untuk kegunaan bilik Pusat Sumber.
Bilangan pelajar pada masa ini adalah seramai 35 orang dan bilangan staf akademik dan sokongan seramai 11 orang. Sekolah juga telah mempunyai dua orang pengawal keselamatan dan 2 orang pekerja rendah awam swasta.
Pencapaian Kurikulum dan Ko-kurikulum
Dari segi akademik sekolah telah dapat keputusan yang membanggakan pada tahun 2000 iaitu kelulusan 100% dalam UPSR dan salah seorang daripada calon telah meperolehi 7A. Kelulusan dalam mata pelajaran Sains telah dapat dikekalkan 100% mulai 2000 hingga 2002.
Melalui ko-kurikulum sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam acara badminton Zon Gerik. Dalam pertandingan antara sekolah0sekolah Tamil Daerah Hulu Perak telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita dan syarahan pada tahun 2000. Pada tahun 2001 sekolah telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan syarahan Bahasa Tamil peringkat Daerah Hulu Perak. Pada tahun 2002 sekolah juga memperolehi tempat pertama dalam melafaz thirukurral dan tempat ketiga dalam pertandingan bercerita.

Monday, February 8, 2010
TAKWIM SEKOLAH 2011
KANDUNGAN M/S
1. Visi Sekolah 2
2. Misi Sekolah 3
3. Objektif Sekolah 4
4. Piagam Sekolah 5
5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Sekolah 6
6. Buku Etika Kementerian Pendidikan Malaysia 7-12
7. Penggal Persekolahan Tahun 2010 13
8. Perincian Hari Persekolahan Tahun 2010 13
9. Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri Perak 14
10. Struktur Organisasi Sekolah Tahun 2010 15
11. Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah Tahun 2010 15
12. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Tahun 2010 15
13. Jawatankuasa Panitia Matapelajaran Tahun 2010 15
14. Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Tahun 2010 16-20
15. Tatasusila Kerja & Perjawatan Sekolah 21-22
16. Senarai Tugas Guru-Guru 23
17. Tugas-Tugas Guru & Kakitangan Akademik 24-26
18. Takwim Sekolah Tahun 2010 27-38
19. Takwim Peperiksaan Kerajaan Tahun 2010 39
20. Takwim Peperiksaan Sekolah Tahun 2010 40
21. Jadual Guru Bertugas Tahun 2010 41
22. Jadual Kelas Bimbingan/SBT/KOKU Tahun 2010 42
23. Jadual Kelas Pemulihan/Bacaan /Ak.Perhimpunan 43
24. Catatan 44
VISI
MENJADIKAN SJK(T) GERIK SEBAGAI SEKOLAH YANG BERKESAN DAN PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
MISI
Berusaha mewujudkan sekolah berkesan dengan memberi fokus kepada:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. Kecemerlangan pelajaran yang berasaskan pengurusan P&P berkualiti serta berkesan.
3. Pembentukan akhlak yang mulia dan sahsiah yang tinggi.
4. Melahirkan generasi yang baru berkeyakinan diri dan bertaraf dunia dalam bidang sukan.
5. Memastikan prestasi kokurikulum yang mantap dan cemerlang.
OBJEKTIF SEKOLAH
MELAHIRKAN GENERASI CELIK 3 M (MEMBACA,MENULIS & MENGIRA)
MENDEDAHKAN NILAI-NILAI MORAL DI KALANGAN MURID-MURID
MEMBERIKAN INSAN YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
MENINGKATKAN MUTU PENCAPAIAN MURID-MURID DALAM KURIKULUM & KOKURIKULUM
PIAGAM SEKOLAH
KAMI WARGA SJK(T) GERIK,33300 GERIK , PERAK DARUL RIDZUAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;
Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;
Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;
Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang;
Memastikan Sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan - murid, guru, masyarakat dan negara/Kerajaan; dan
Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan
harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi
Melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan Sekolah
Insan ini mampu dididik dari segi jasmania dan rohaniah. Justeru itu, pengaruh dari persekitaran, masyarakat dan rakan sebaya yang sihat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang insan dalam semua aspek.
BUKU ETIKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kualiti Sepanjang Masa Kecemerlangan Pendidikan Sepanjang Usia
Prinsip Etika Kerja
• NIAT YANG BETUL.
• PERLAKUAN YANG BAIK.
• PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN.
• MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATAKAN.
• BERDISPLIN DAN BERADAB.
Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja
• Amanah
• Benar
• Bijaksana
• Bersyukur
• Dedikasi
• Ikhlas
• Penyayang
PENDAHULUAN
Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah tanggungjawab semua warga kementerian Pendidikan Malaysia
Justeru satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalsme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
TAKRIF ETIKA KERJA
Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
OBJEKTIF ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Objektif Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia
1. menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja;
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan
3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
PRINSIP ETIKA KERJA
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
• Niat Yang Betul
• Perlakuan Yang Baik
• Penggerak Ke Arah Kebaikan
• Memperkotakan Apa Yang Dikatakan
• Berdisiplin Dan Beradab
NIAT YANG BETUL
Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut:
- memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia
- ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan bangsa
- memberikan sumbangan bermutu; dan
- sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan
Improvement begins with “I”
PERLAKUAN YANG BAIK
Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pendidikan Malaysia perlu:
- menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;
- menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan
- menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
PERGERAKAN KE ARAH KEBAIKAN
Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
- menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan
- berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
- sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATA
Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
- sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;
- apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
- sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
BERDISIPLIN DAN BERADAB
Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang cemerlang. Justeru, setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
- sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama;
- sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
- sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.
NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia . Nilai-nilai itu adalah:
amanah ::: benar ::: bijaksana ::: bersyukur ::: dedikasi ::: ikhlas ::: penyayang
AMANAH
Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan ‘ amanah adalah:
- sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai;
- bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
- menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;
- berdisiplin dan mengawal diri dan melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
- bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
BENAR
Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
- mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan;
- bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;
- memberikan atau menerima arahan yang jepas dan tepat dan tidak mengelirukan; dan
- rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama
BIJAKSANA
Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti:
- menggunakan seluruh potensi keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah
- sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;
- mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi; dan
- sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
BERSYUKUR
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya:
- sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak;
- bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah;
- tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak boleh putus asa; dan
- berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan
DEDIKASI
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti contohnya:
- bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah
- sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;
- tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti;
- menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan
- cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi
IKHLAS
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya:
- menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab;
- menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain;
- memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih
- Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka; dan
- Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan
PENYAYANG
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti:
- Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan meninggikan diri;
- Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk;
- Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;
- Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan; dan
- Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian
PENUTUP
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diamalkan oleh semua lapisan warga Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diterajui oleh pihak pemimpin.
Setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat rahmat daripada Tuhan yang Maha Esa.
Sunday, February 7, 2010
LATAR BELAKANG SEKOLAH :
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gerik terletak di Pekan Gerik iaitu kira-kira 250 km dari bandar raya Ipoh, Perak. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah gred B (Sekolah Kurang Murid) dengan
Bilangan muridnya seramai 40 orang. Seramai 4 orang guru beropsyen Bahasa Tamil, seorang guru beropsyen Sains dan 3 orang guru sandaran tidak terlatih bekerja di sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah aliran Bahasa Tamil dan berstatus sekolah kerajaan. Sekolah ini berdekatan dengan sebuah kampung yang bernama Kampung Ramasamy. Kebanyakan murid datang dari kampung ini dan ibubapa mereka adalah berpendidikan rendah dan tidak bermotivasi dalam pendidikan. Taraf sosio ekonomi masyarakat ini juga adalah rendah dimana kebanyakan penduduk bekerja sebagai pekerja buruh atau kerja sambilan sahaja.
Manakala bangunan pula adalah terhad dimana cuma mempunyai 3 bilik darjah sahaja dan terpaksa meletakkan penghadang untuk memisahkan antara kelas. Ini menyebabkan keadaan yang kurang selesa kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan aman dan tenteram
Visi sekolah adalah SJK(T) Gerik maju sepenuhnya menjelang tahun 2010. Manakala Misi sekolah adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan gembira untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Disamping itu, memastikan penyertaan 100% murid dalam aktiviti kokurikulum, membina insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah.

Subscribe to:
Posts (Atom)